The 66 EQUILIBRIUM

Santai-Lepak-Rileks

9:18 PM

Puting beliung (tOrnadO)

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said


Malaysia, adeke puting beliung?
mungkin ada yg pernah tgok ada yg x penah kan.

Tp aku pernah tgok puting beliung, takdela besar, kecik je adela besar aku .0klah, apa - apa pun,mari kita tinjau apa sebenarnya yg dikatakan puting beliung ni...

1. Apakah maksud puting beliung?

-puting beliung ialah angin yang berputar dengan deras yang mana akan berhubung dengan permukaan tanah yang datang dari bawah awan kumuliform dan kerap kali dilihat seperti corong awan

2.berapakah halaju ‘seekor’ puting beliung?

-halajunya diantara 40mph@64kmh sehingga 110mph@177kmh dan boleh mencapai 300mph@480km

3.berapakah tinggi ‘ seekor ‘puting beliung?

-tingginya menghampiri 250 kaki@75m

INFORMASI DIATAS ADALAH ASAS BAGI PUTING BELIUNG.,Tetapi sebenarnya, kelajuan puting beliung bergantung kepada jenis puting beliung itu sendiri

Mari kita lihat jenis – jenis puting beliung

1.Puting beliung benar/betul (true tornadoes)

-jenis puting beliung ini selalunya datang dari 2 kolum udara yang berpusing membentuk satu pusaran yang berputar mengelilingi pusat umum

-puting beliung jenis ni pulak akan memusnahkan dalam luas kawasan yang kecil TETAPI kecil-kecil kawasan yang dimusnahkan pun mengalami kerosakan yang amat teruk disepanjang laluan puting beliung ini.

2.Puting beliung satelit (satellite tornado)

-aku ingat bumi je ada satelit, rupenye puting beliung pun boleh ade satelit jugak.Puting beliung satelit ni jenis lemah punye puting beliung

-Tetapi, kerana puting beliung ini dinamakan puting beliung satelit, maka puting beliung ini akan hadir untuk meng”orbit” puting beliung benar (true tornadoes).*bantu membantu untuk menghancurkan ni

3.puting beliung muncung air (waterspout)

-yang ni pulak puting beliung yang berada di atas air dan terbentuk di dasar awan cumulus di perairan tropika dan separa tropika

-ribut ini lebih berbahaya kerana halaju yang amat tinggi dan lebih lama bertahan sebagai puting beliung

4.puting beliung muncung tanah (Landspout)

-yang ini dikenali sebagai puting beliung tabung debu,

-biasala tu, klu ada yang kuat mesti ada yang lemah. Haa…puting beliung ni jenis lemah punye dan x macam waterspout tadi, jangkahayat pun pendek. Jgn pula anda barkata puting beliung ni slow mcm ribut biasa tu, mcm mana pun ia masih lagi boleh memusnahkan.

Tu je yg aku taw nak cerita jenis puting beliung ni, yg aku x taw nak terang apa kejenis tornado pun ade jgak

1.Gustnado

-terjadi di kawasan gurun

2.Dust devil

3.fire whirl

-ni bila hutan terbakar jadi la pusaran angin, tp ahli sains x consider yang ni jenis tornado,tp boleh merosakkan jgak la

4.Steam devil

-ni puting beliung stim yang mana melibatkan stim dan asap

Ok lah, 2 je informasi yang mampu aku tulis.klu ada apa-apa komen, komen je la, x payah malu, x payah segan, kat sini la landing page untuk korang SANTAI – LEPAK – RILEKS okay, jumpa di dalm post yg akan datang.


ASSALAMUALAIKUM =)

8:18 AM

aku kembali semula,,

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Sudah berbulan - bulan aku menSENYAPkan diri, akhirnya aku telah kembali semula disini

Kenapa aku jadi sedemikian rupa......Mungkin aku malas agaknya

TAPI pada hari ini, aku nak kembali semula....


Dengan nafas baru

SANTAI
-
LEPAK
-
RILEKS

yahhh..

itu sahaja yang dapat aku katakan

Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam hari ke 15 RAMADAN..



aku akan cube menge'POST' entri yang terbaru dalam masa terdekat

salam ramadan dan terima kaseh.....=)


5:22 AM

tahukah kita bahawa

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Mitsubishi & Kaitan dengan Perang Dunia Ke 2

Jika kita lihat di Malaysia, kita hanya mengetahui bahawa Mitsubishi adalah jenama sebuah kereta tp hakikatnya....

Semasa Perang dunia ke-2, Mitsubishi mengilangkan pesawat, di bawah arah Jiro Horikoshi. Mitsubishi Zero adalah pesawat perang Mitsubishi pertama dalam perang dunia ke 2.Pesawat ini digunakan untuk mengebom kapal Pearl Harbor pada 7 Disember 1941.

Mitsubishi juga membina pesawat pengebom yang paling terkenal di Jepun , seperti mitsubishi G3M, mitsubishi G4M, mitsubishi Ki-21, dan mitsubishi Ki-67. Semasa 1930s, Mitsubishi juga telah membina Pesawat perang berenjin tunggal iaitu mitsubishi Ki 35.

Samsung & kaitannya dengan Menara Pertama Berkembar Petronas, Menara Taipei 101, dan Menara Burj Dubai

Pada tahun 1990 an Samsung dilihat sebagai satu buah perbadanan antarabangsa. Bukan sahaja ia memperolehi satu jumlah perniagaan di luar negara, tetapi juga bermula mendahului laluan dalam komponen elektronik tertentu.

Samsung Construction Branch telah dianugerahkan suatu kontrak untuk membina satu daripada dua Menara Berkembar Petronas di Malaysia, Taipei 101 di Taiwan dan Burj Dubai di Emiriah Arab Bersatu yang adalah struktur paling tinggi pernah dibina

Nokia & kaitannya dengan kertas dan getah

Kalau Nokia, pasti anda anda tahu ia adalah jenama telefon bimbit pada masa kini, tetapi pada masa dahulu Nokia ialah...

Nokia: sejarah bermula pada 1865 apabila jurutera Fredrik Idestam menubuhkan satu kilang kisar kayu pulpa di Tampere, Finland untuk pembuatan kertas. Pada 1868, Idestam membina satu buah kilang kedua dekat bandar Nokia, lima belas kilometer barat Tampere berhampiran sungai Nokianvirta yang telah sumber lebih baik untuk pengeluaran kuasa hidro. Pada 1871, Idestam, dengan bantuan bagi sahabat karibnya Leo Mechelin menamakan semula firmanya kepada satu syarikat saham, dengan nama Nokia Company, nama ia adalah masih dikenali pada hari ini.

Selain itu, di awal bagi abad yang ke-20, Finland Rubber Works, pengeluar bagi kasut pelapis dan produk getah lain, menubuhkan kilang-kilangnya dan menggunakan Nokia sebagai jenamanya.

6:23 PM

Tenaga Nuklear

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Tenaga nuklear dihasilkan dalam reaktor/loji nuklear. bagaimana kah reaktor ini bekerja untuk menghasilkan tenaga elektrik, ikuti proses dibawah

1. Pembelahan Nukleus (nukleus fission)
-Ciri atom yang digunakan
=Mampu mengalami proses pembelahan dan mempunyai saiz besar

-Contoh atom yang digunakan
=uranium 235, plutonium 239 atau plutonium 241

-Penerangan terhadap proses pembelahan Nukleus
=Nukleus asal dibahagikan kpd dua atau lebih nukleus yg beratnya lebih ringan dari nukleus induk serta membebaskan tenaga kinetik.

=Neutron dan sinaran gamma yang terbebas dikenali sebagai produk pembelahan.

=Neutron yg terbebas ini kemudian diserap oleh atom lain yang dan melakukan pembelahan nuklear untuk membebaskan lebih neutron.

=Halaju neutron sangat pantas....

=maka rantai tindakbalas nuklear dikawal menggunakan racun neutron (neutron poison) dan juga neutron perantaraan supaya halaju neutron dapat dikurangkan dengan mengubah bahagian neutron yang berupaya untuk menghasilkan lebih banyak pembelahan nuklear yang akan membebaskan neutron


2. Penghasilan haba
-teras reaktor menghasilkan haba dalam beberapa cara:
=Tenaga kinetik produk pembelahan ditukarkan kepada tenaga haba apabila nukleus atom berlanggar dengan atom yang berdekatan

=sinar gamma terhasilkan semasa pembelahan adalah diserap oleh reaktor dalam bentuk tenaga haba.

=Haba yang dihasilkan oleh pereputan radioaktif akibat produk pembelahan dan bahan-bahan yang telah diaktifkan oleh penyerapan neutron. Punca haba reputan ini akan kekal untuk jangkamasa tertentu walaupun selepas reaktor ditutup.

-Nisbah bagi kuasa haba tndkbls nuklear berbanding pembakaran arang batu
=Kuasa haba yang dijana oleh tindak balas nuklear adalah 1,000,000 kali ganda bagi jisim yang sama dengan pembakaran arang batu

maka nisbah tndkblas nuklear berbanding pembakaran arang batu ialah 1,000,000:1


3. Penyejukan / pendinginan
-Sumber penyejukan /pendinginan serta proses yang terjadi
=biasanya air @ satu logam cecair - diedarkan ke teras reaktor untuk menyerap haba yang menghasilkan.

=haba dibawa dari reaktor dan digunakan untuk menjana stim.

=sistem-sistem reaktor mempunyai satu sistem pendinginan (cooling sistem) yang terasing dari segi fizikal daripada air yang akan didihkan untuk mengeluarkan tekanan stim kepada turbin.

4. Pengawal kereaktifan
=kuasa output (keluran) reaktor adalah terkawal dengan mengawal berapakah neutron adalah dapat untuk mewujudkan lebih banyak pembelahan.

=rod-rod kawalan yang diperbuat dari racun nukleus (boron) yang biasannya menyerap neutron.

=neutron yang diserap dalam rod kawalan yang menyebabkan neutron berkurang, maka pembelahan nukleus juga berkurang

=jika rod kawalan ditolak masuk ke dalam reaktor, maka kuasa outputnya akan berkurang. Jika rod kawalan ditarik keluar, maka kuasa outputnya akan bertambah

=Dalam bahagian reaktor, pendingin (coolant) juga bertindak sebagai pengawal neutron. ianya meningkatkan kuasa reaktor dengan membebaskan neutron yg mempunyai kelajuan pantas untuk menghasilkan pembelahan nukleus

=Jika pendingin bertindak sebagai pengawal, maka perubahan suhu boleh menjejaskan ketumpatan bagi pendingin seterusnya menyebabakan kuasa output juga berubah.

=Jika suhu pendingin lebih tinggi maka ketumpatan akan berkurang, maka pengawalan kurang berkesan


5. Penjanaan kuasa elektrik
=Tenaga yg dilepaskan dalam proses pembelahan menghasilkan haba, sebahagian haba boleh ditukar kepada tenaga dapat digunakan.

=contohnya mendidihkan air . Satu cara biasa mengunakan tenaga haba ini adalah untuk mendidihkan air supaya mengeluarkan stim

=Stim di dalam reaktor nuklear akan menghasilkan tekanan untuk memacu turbin yang mana turbin akan bertindak untuk menghasilkan tenaga elektrik


2:37 AM

10 Jambatan Terpanjang Dunia

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

10 jambatan terpanjang di dunia

1. Lake Pontchartrain Causeway (Tambak Tasik Ponchartrain)


Negara
= Amerika syarikat


Panjang Jambatan
= 38.42 km @ 23.87 batu melintasi Tasik Ponchartrain diselatan Louisiana


Penerangan
= terdiri drpd 2 jambatan yang selari

= jambatan paling panjang di dunia
= disokong dengan 9000 cerucuk konkrit
= jambatan ini mempunyai ciri yang mana boleh ditinggikan dan direndahkan ketinggiannya menggunakan counter balancing weight yang mempunyai 8 saluran sepanjang 13 kilometer selatan-utara pesisir pantai.


2. Donghai Bridge (Jambatan Donghai)

Negara
= China


Panjang Jambatan
= 32.5 km @20.2 batu


Penerangan = menghubungkan Shanghai dengan Yangshan
= tarikh siap 10 Disember 2005
= Jambatan terpanjang di Asia
= mempunyai bahagian kabel penetap untuk membenarkan lalaan kapal besar.


3. King Fahd Causeway ( Tambak Raja Fahd)

Negara
= Arab Saudi


Penerangan
= Dibuka secara rasmi 25 November 1986

= Kombinasi antara eberapa jambatan dengan empangan


4. Chesapeake Bay Bridge (jambatan Teluk Chesapeake)

Negara
= Maryland
Amerika syarikat

Penerangan
= panjang jambatan 7 km @ 4.3 batu

= menghubungkan kawasan timur dan barat pesisir pantai.
= dibuka pada 1952
= mempunyai struktur sambungan keluli paling panjang di atas air


5. Vasco da Gama Bridge ( Jambatan Vasco da Gama)

Negara
= Portugis

= jambatan terpanjang di eropah

Penerangan
= Panjang Jambatan 17.2 km @10.7 batu termasuk 0,829 km jambatan utama, 11.5km jambatan melalui terowong dan 4.8 km akses jalan untuk memberikan tujuan tertentu seperti kesesakan lalu lintas dan juga menyambung jambatan sebelumnya iaitu jambatan laluan bermotor dari Lisbon




6. Penang Bridge (Jambatan Pulau Pinang)

Negara
= ehem2, Negara aku la Malaysia


Penerangan
= panjang jambatan 13.5 km @ 8.4 batu

= dibuka secara rasmi pada 14 september 1985
= Menghubungkan laluan antara gelugor di Pulau pinag dengan seberang prai di semenajung Malaysia
= menghubungkan lebuhraya utara selatan di prai dan jelutong


7. Rio-Niteroi Bridge (jambatan Rio-Niteroi)

Negara
= Brazil


Penerangan
= dibuka pada 4 mac 1974

= menghubungkan Rio de Janeiro dan Niteroi di Brazil.


8. Confederation Bridge (jambatan Confederation) apa itu confederation, rujuk kamus, aku x reti nak terjemahkannya

Negara
= Canada


Penerangan
= panjang jambatan 12.9km @8 batu

=menghubungkan pulau Prince Edward dengan tanah besar New Brunswick , Kanada
= dibuka pada 31 mei 1997


9. San Mateo-Hayward Bridge (jambatan San Mateo-Hayward)

Negara
= Amerika Syarikat


Penerangan
= menghubungkan San Francisco dengan Teluk Timur



10. Seven Mile Bridge (Jambatan Seven Mile)

Negara
= amerika syarikat


Penerangan
= jambatan melalui melalui terowong diantara Florida dengan Gulf of Mexico(apa benda nih?) dan Selat Florida


*kesemua jambatan ini disusun tidak mengikut turutan

2:34 AM

Apa yang ada selain 8 planet di dalam sistem suria?

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Umum mengetahui bahawa lapan planet dalam sistem suria ialah:
• Utarid
• Zuhrah
• Bumi
• Marikh
• Musytari
• Zuhal
• Uranus
• Neptun

Tetapi ada lagi objek yang menjadi ahli keluarga system suria diluar orbit planet neptun(trans-neptune)

1. Ceres (415,000,000 km, dlm lingkaran asteroid;dahulunya dikenali sebagai planet ke 5)

2. Pluto (5,906,000,000 km, dahulunya dikenali sebagai planet ke 9 )

3. Haumea (6,450,000,000 km)

4. Makemake (6,850,000,000 km)

5. Eris (10,100,000,000 km)

Ceres.
Ceres (2.77 AU)

(*AU-Astronomy units) telah diklasifikasikan sebagai planet kecil dan ianya ialah jasad paling besar dalm lingkaran asteroid. Dahulunya diklasifikasikan sbg planet ke 5 sistem suria kemudian diklasifikasikan sebagai asteroid dan bukan planet pada tahun 1850 dan pada tahun 2006 diklasifikasi semula sebagai planet kerdil

Lingkaran kuiper

Lingkaran kuiper sama seperti lingkaran asteroid yang terdiri drpd ais. Quaoar, Varuna, and Orcus ialah jasad terbesar dalan lingkaran kuiper dan mungkin diklasifikasi sebagai planet kerdil.kebanyakan satelit ada dalam lingkaran kuiper ni orbitnya terletak diluar satah pusat sistem suria,

Pluto (39 AU)

, sbg planet kerdil yang terletak dalam lingkaran kuiper ,dahulunya dikenali sbg planet kesembilan dan status planet ke 9 telah ditarik balik kerana Pluto mempunyai percanggahan ciri-2 sebagai planet rasmi pada tahun 2006.Percanggahan yang dimaksudkan ialah kerana pluto mempunyai bentuk orbit yang ganjil tidak seperti orbit planet lain dan orbitnya pula bersilang dengan planet neptune

Haumea dan makemake

.planet kerdil dalam lingkaran kuiper.Haumea ialah planet kerdil berbentuk telur dan mempunyai dua bulan manakala makemake ialah objek paling cerah selepas Pluto didalam lingkaran kuiper

Eris

sebuah planet kerdil yang. terletak dalam cakera terserak@ scattered disk (berada luar dari kawasan lingkaran kuiper)

*AU-Astronomy units

sebenarnya banyak lagi objek lain yang wujud dalam sistem suria, x larat dah aq nak cari.

2:47 PM

Hujan - Hiba

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Oh Hiba, memang waktu ini kaulah temanku,
Memang hidup, apa-apa pun ajal yang kau temu,

[bridge]
Memang tuhan sayangkanmu,
Ku tatap gambarmu tak jemu,

[chorus]
Harus Kuteruskan Hidup, Walaupun perit tanpamu,
Tetap ku peluk erat memori kau dan aku,
Harus kuteruskan hidup, walaupun perit tanpamu,
Kudoakan agar kau sentiasa bahagia, disana..

[repeat at bridge].




Hujan - Hiba.mp3


Free Mp3 & Video Codes : www.musik-live.net

2:39 PM

stesen angkasa antarabangsa.(ISS-international space station)

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said


apa bende stesen-stesen ni? Adakah stesen ni diwujudkan untuk tggu bas di udara,owh maka itu adalh khayalan semata mata.
ok lah, adalh informasi sedikit tentang ISS ni


1).bilakah ISS ni dibina?
-ISS dibina pada tahun 1998,lame dah ye rupenye, aku baru tau tahun 2007.

2)adakah ISS dah siap dibina?

-sememangnya belum siap lagi, mula buat 1998, ikut jadual siap 2011 tapi sambung lagi sampai 2015

3).agensi angkasalepas mana yang terlibat dalam projek membina ISS.?

-Amerika Syarikat melalui NASA memang comfirm la wat nyer, pastu diikuti oleh Russia (Russian Aviation and Space Agency-RSA),jepun (Japan Aerospace Exploration Technology-JAXA),kanada pun ada jugak melalui (Canadian Space Agency-CSA) ada lagi negara lain


4).kat mana ISS tinggal?

-kat orbit bumi paling rendah.jadi kita bulih tgok guna mata kasar.(aku x pernah nampak pulak.)

5).berapakilogram? bukan kilogram tapi berapa kilometer jarak dari bumi?

-350km=190 batu nautika dari bumi.(lebih kurang travel dari Kuala Selangor ke Terengganu la)


6).berapakah kelajuan ISS?

-27700 kilometer/jam=17210 batu/jam.(bapak laju macam pelesit ISS ni,ferrari pun x laju mcm ni)


7).1 hari berapa kali ISS mengornit bumi?

-15.7 kali sehari,.banyak kali pusing.tidakkah angkasawan merasa jemu? nak taw pergi sendiri-lah.


Ok lah itu je informasi untuk kali ni, aku nak study kerana aku ada test, Selasa dan Rabu ni.okeh, dan assalamualaikum.

2:54 PM

Best Software I Used for My Laptop

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said


aku nak cerite perkara ni pun sebenarnyer sebab dah xde idea nak bubuh dalam belog aku ni.jd aku terpakse menciplak idea daripada rakan blogger iaitu saudara adol (http://www.naxious.com).
bende yang hampir sama tapi x serupa.

ok lah, 1st sekali apa yang aku nak cerite berkenaan dengan operating system (OS).apa bendenye OS ni?.OS ni alah satu program yang membolehkan pengguna berkomunikasi dgn komputer atau program perantaraan untuk menghubungkan software dan hardware.Contohnya Windows XP,Vista dan yang terbaru Windows 7.

selain Microsoft , ada lagi OS lain iaitu Linux Ubuntu (kalu x silap aku la kowt) nak tau apa yang ada dalam Linux tanyelah saudara joe (http://www.masih-belum-sempurna.blogspot.com )

Apple pun ada OS yang dinamakan Mac OS X Leopard (latest OS agaknyer),ni bapak mahai wei, harga sebijik laptop ni boleh beli motor baru.

ok la, gunekan yang murah asalkan buleh wat keje.
aku pakai Windows Vista Ultimate, berat gle OS ni klu stakat RaM 2 GB je, mampu bernafas keletihan je la.



macam ni la interface Windows Vista Ultimate , lawa la tp berat.


perlindungan daripada penyakit laptop ni perlu juga diambil berat. Gunelah anti-virus
Tgok anti-virus jugak, klu free anti-virus kurang la sikit perlindungan tu, tp bolehla nak pakaikan.yang aku tau free antivirus ni macam AVG, Avira (payung merah) dan lain2 la.

aku pakai AVG free edition version 8.5 (nak pakai yang beli punye anti-virus,tggu aku wat master InsyaAllah baru aku beli untuk melindungi segala projek master aku daripada dibaham virus!!!) Yang bestnye avg ni, interfacenya simple,senang nak pakai la dan mesra pengguna.





interface AVG yang mesra pengguna

Untuk downlaod manager pulak aku gunekan SpeedBit Download Accelerator Plus (DAP) free edition punye.kekadang slow gak, jadi kerja mendownload automatik diambil alih oleh Mozilla Firefox klu DAP x mampu memecut untuk memuat turun. tu yang best 2 gune DAP.




Download Acclerator Plus sedang memecut

Untuk youtube, aku gunekan SpeedBit Video Accelerator, untuk kurangkan buffering semasa video youtube tgh loading.







Dan akhir sekali, internet browser yang aku gunekan untuk mengakses laman sesawang sedunia atau ringkasya WWW-World Wide Web ialah Mozilla Firefox sebagai primary internet browser dan bile Wifi Slow dan aku kena cari maklumat untuk membuat assignment, aku gunekan Safari web browser (bila terdesak sahaja-kebarangkalian untuk safari web browser ini laju bile wifi slow adalh 40% sahaja dan kekadang x berfungsi langsung).







mozilla firefox & safari

11:46 AM

Kesibukan Dan Ketertekanan

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Sudah lama aku x post apa2 didalam blog aku kali ini......ke"tension"an dan ke"buzy"an yg melanda aku membuatkan aku rasa lemah je nak tulis blog, .
nak taw apa yang aku bz dan tension sgt aku sebelum ni???x nak taw pun xpe kerana aku memg sedia maklum klu korang yg bace blog aku ni pun korang mempunyai masalah yg sama seperti aku terutama sekali yang belajar la,


1st things is test
.

bila dah test ni mula lah kelam kabut nak bace buku subjek ni lah,buku subjek tu lah, tp salah sendiri jgak yang selalu study last minute,(jgn tiru perbuatan sedemikian kerana merugikan diri sendiri)

diantara buku buku yang aku study.



Buku biologi sebagai rujukan aku je untuk subjek biochemistry dan biocell.






,Ekonomi pun ada jugak aku belaja ni,sonok belaja ekonomi ni,tp haha,sesiapa yg 1st time jumpa,korg akan tahu la bagaimana tensionnya study ekonomi last minute,maklumlah dulu spm amek sains (ayat yg amat belagak sekali)





Komunikasi dan perubahan ni subjek apa???dah tahu bercakap pun kena belaja komunikasi ka?
subjek ni sebenarnya belaja tentang komunikasi semasa.Subjek ni agak best tetapi pada lecturernya,Encik Amirul (lecturer Uitm yang mengajar di UPM sebagai pensyarah part-time) kerana kebanyakan kuliah beliau memang kena dengan hobi aku,iaitu
GELAK.




Ni la buku nota mixture aku yang terdapat biochem, komunikasi, ekonomi . 3 dalam 1 macam nescafe pulak.3 dlm 1 pun aku pedulik hapa, yang penting aku suka baca buku ni.Bila dekat test,x la tension sgt aku kerana aku berjaya merujuk kepada 1 buku sahaja selain lecture note yang di "provide"kan

perkara kedua pula ialah assignment.

assingment ni x siap lagi, xpe aku on the way nak buat.(kenapa wat blog x pernah tangguh sedangkan assignment suka bertangguh?)

yang pasti assignment tentang subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia dalam proses nak siap dan biochem yang x wat apa2 langsung(rujukan dah ada,tinggal nak tulis je)
wah sungguh memalukan.

ok lah,aku dah xde idea nak tulis,
apa pun

STUDY

AWAL
SEBELUM

TEST

Jangan Tangguh

ASSINGNMENT ANDA

kerana itu bakal mengundang kesan

MARKAH

DALAM

SUBJEK

YANG

ANDA

AMBIL

setakat itu sahaja, diharapkan yang baik di jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.

Assalamualaikum.


8:15 AM

Don't Laugh High School

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

apa sebenarnya jangan gelak kt sekolah tinggi ni?
haa,sebenarnya

ni adalh tv show yang ad kat jepun
memang lawak

tajuknya

GAKI NO TSUKAI-don't laugh high school


Apakah dENDA yang bakal mereka TERIMA jika mereka gelak?
kita saksikan video di bawah.







lihat wajah matsumoto yang cuba sedaya upaya menahan GELAK .
Wajah mukanya menahan GELAK amatlah sgt melucukan.

MATSUMOTO!!!!

saksikan video seterusya





matsumoto masih menjuarai denda paling banyak

kita lihat video yang terakhir ,adakah matsumoto kekal ditempat pertama denda paling banyak
????
aku pun x taw
jom tengok........





ini hanya sekadar jenaka
sengaja dipaparkan

SELAMAT MENONTON =)

p/s:untuk mengurangkan buffer semasa melihat video youtube ini
sila install Speedbit Video Accelerator atau lain2 pemecut video.