The 66 EQUILIBRIUM

Santai-Lepak-Rileks

2:34 AM

Apa yang ada selain 8 planet di dalam sistem suria?

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Umum mengetahui bahawa lapan planet dalam sistem suria ialah:
• Utarid
• Zuhrah
• Bumi
• Marikh
• Musytari
• Zuhal
• Uranus
• Neptun

Tetapi ada lagi objek yang menjadi ahli keluarga system suria diluar orbit planet neptun(trans-neptune)

1. Ceres (415,000,000 km, dlm lingkaran asteroid;dahulunya dikenali sebagai planet ke 5)

2. Pluto (5,906,000,000 km, dahulunya dikenali sebagai planet ke 9 )

3. Haumea (6,450,000,000 km)

4. Makemake (6,850,000,000 km)

5. Eris (10,100,000,000 km)

Ceres.
Ceres (2.77 AU)

(*AU-Astronomy units) telah diklasifikasikan sebagai planet kecil dan ianya ialah jasad paling besar dalm lingkaran asteroid. Dahulunya diklasifikasikan sbg planet ke 5 sistem suria kemudian diklasifikasikan sebagai asteroid dan bukan planet pada tahun 1850 dan pada tahun 2006 diklasifikasi semula sebagai planet kerdil

Lingkaran kuiper

Lingkaran kuiper sama seperti lingkaran asteroid yang terdiri drpd ais. Quaoar, Varuna, and Orcus ialah jasad terbesar dalan lingkaran kuiper dan mungkin diklasifikasi sebagai planet kerdil.kebanyakan satelit ada dalam lingkaran kuiper ni orbitnya terletak diluar satah pusat sistem suria,

Pluto (39 AU)

, sbg planet kerdil yang terletak dalam lingkaran kuiper ,dahulunya dikenali sbg planet kesembilan dan status planet ke 9 telah ditarik balik kerana Pluto mempunyai percanggahan ciri-2 sebagai planet rasmi pada tahun 2006.Percanggahan yang dimaksudkan ialah kerana pluto mempunyai bentuk orbit yang ganjil tidak seperti orbit planet lain dan orbitnya pula bersilang dengan planet neptune

Haumea dan makemake

.planet kerdil dalam lingkaran kuiper.Haumea ialah planet kerdil berbentuk telur dan mempunyai dua bulan manakala makemake ialah objek paling cerah selepas Pluto didalam lingkaran kuiper

Eris

sebuah planet kerdil yang. terletak dalam cakera terserak@ scattered disk (berada luar dari kawasan lingkaran kuiper)

*AU-Astronomy units

sebenarnya banyak lagi objek lain yang wujud dalam sistem suria, x larat dah aq nak cari.

2:47 PM

Hujan - Hiba

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Oh Hiba, memang waktu ini kaulah temanku,
Memang hidup, apa-apa pun ajal yang kau temu,

[bridge]
Memang tuhan sayangkanmu,
Ku tatap gambarmu tak jemu,

[chorus]
Harus Kuteruskan Hidup, Walaupun perit tanpamu,
Tetap ku peluk erat memori kau dan aku,
Harus kuteruskan hidup, walaupun perit tanpamu,
Kudoakan agar kau sentiasa bahagia, disana..

[repeat at bridge].




Hujan - Hiba.mp3


Free Mp3 & Video Codes : www.musik-live.net

2:39 PM

stesen angkasa antarabangsa.(ISS-international space station)

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said


apa bende stesen-stesen ni? Adakah stesen ni diwujudkan untuk tggu bas di udara,owh maka itu adalh khayalan semata mata.
ok lah, adalh informasi sedikit tentang ISS ni


1).bilakah ISS ni dibina?
-ISS dibina pada tahun 1998,lame dah ye rupenye, aku baru tau tahun 2007.

2)adakah ISS dah siap dibina?

-sememangnya belum siap lagi, mula buat 1998, ikut jadual siap 2011 tapi sambung lagi sampai 2015

3).agensi angkasalepas mana yang terlibat dalam projek membina ISS.?

-Amerika Syarikat melalui NASA memang comfirm la wat nyer, pastu diikuti oleh Russia (Russian Aviation and Space Agency-RSA),jepun (Japan Aerospace Exploration Technology-JAXA),kanada pun ada jugak melalui (Canadian Space Agency-CSA) ada lagi negara lain


4).kat mana ISS tinggal?

-kat orbit bumi paling rendah.jadi kita bulih tgok guna mata kasar.(aku x pernah nampak pulak.)

5).berapakilogram? bukan kilogram tapi berapa kilometer jarak dari bumi?

-350km=190 batu nautika dari bumi.(lebih kurang travel dari Kuala Selangor ke Terengganu la)


6).berapakah kelajuan ISS?

-27700 kilometer/jam=17210 batu/jam.(bapak laju macam pelesit ISS ni,ferrari pun x laju mcm ni)


7).1 hari berapa kali ISS mengornit bumi?

-15.7 kali sehari,.banyak kali pusing.tidakkah angkasawan merasa jemu? nak taw pergi sendiri-lah.


Ok lah itu je informasi untuk kali ni, aku nak study kerana aku ada test, Selasa dan Rabu ni.okeh, dan assalamualaikum.

2:54 PM

Best Software I Used for My Laptop

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said


aku nak cerite perkara ni pun sebenarnyer sebab dah xde idea nak bubuh dalam belog aku ni.jd aku terpakse menciplak idea daripada rakan blogger iaitu saudara adol (http://www.naxious.com).
bende yang hampir sama tapi x serupa.

ok lah, 1st sekali apa yang aku nak cerite berkenaan dengan operating system (OS).apa bendenye OS ni?.OS ni alah satu program yang membolehkan pengguna berkomunikasi dgn komputer atau program perantaraan untuk menghubungkan software dan hardware.Contohnya Windows XP,Vista dan yang terbaru Windows 7.

selain Microsoft , ada lagi OS lain iaitu Linux Ubuntu (kalu x silap aku la kowt) nak tau apa yang ada dalam Linux tanyelah saudara joe (http://www.masih-belum-sempurna.blogspot.com )

Apple pun ada OS yang dinamakan Mac OS X Leopard (latest OS agaknyer),ni bapak mahai wei, harga sebijik laptop ni boleh beli motor baru.

ok la, gunekan yang murah asalkan buleh wat keje.
aku pakai Windows Vista Ultimate, berat gle OS ni klu stakat RaM 2 GB je, mampu bernafas keletihan je la.



macam ni la interface Windows Vista Ultimate , lawa la tp berat.


perlindungan daripada penyakit laptop ni perlu juga diambil berat. Gunelah anti-virus
Tgok anti-virus jugak, klu free anti-virus kurang la sikit perlindungan tu, tp bolehla nak pakaikan.yang aku tau free antivirus ni macam AVG, Avira (payung merah) dan lain2 la.

aku pakai AVG free edition version 8.5 (nak pakai yang beli punye anti-virus,tggu aku wat master InsyaAllah baru aku beli untuk melindungi segala projek master aku daripada dibaham virus!!!) Yang bestnye avg ni, interfacenya simple,senang nak pakai la dan mesra pengguna.





interface AVG yang mesra pengguna

Untuk downlaod manager pulak aku gunekan SpeedBit Download Accelerator Plus (DAP) free edition punye.kekadang slow gak, jadi kerja mendownload automatik diambil alih oleh Mozilla Firefox klu DAP x mampu memecut untuk memuat turun. tu yang best 2 gune DAP.




Download Acclerator Plus sedang memecut

Untuk youtube, aku gunekan SpeedBit Video Accelerator, untuk kurangkan buffering semasa video youtube tgh loading.







Dan akhir sekali, internet browser yang aku gunekan untuk mengakses laman sesawang sedunia atau ringkasya WWW-World Wide Web ialah Mozilla Firefox sebagai primary internet browser dan bile Wifi Slow dan aku kena cari maklumat untuk membuat assignment, aku gunekan Safari web browser (bila terdesak sahaja-kebarangkalian untuk safari web browser ini laju bile wifi slow adalh 40% sahaja dan kekadang x berfungsi langsung).







mozilla firefox & safari