The 66 EQUILIBRIUM

Santai-Lepak-Rileks

6:23 PM

Tenaga Nuklear

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Tenaga nuklear dihasilkan dalam reaktor/loji nuklear. bagaimana kah reaktor ini bekerja untuk menghasilkan tenaga elektrik, ikuti proses dibawah

1. Pembelahan Nukleus (nukleus fission)
-Ciri atom yang digunakan
=Mampu mengalami proses pembelahan dan mempunyai saiz besar

-Contoh atom yang digunakan
=uranium 235, plutonium 239 atau plutonium 241

-Penerangan terhadap proses pembelahan Nukleus
=Nukleus asal dibahagikan kpd dua atau lebih nukleus yg beratnya lebih ringan dari nukleus induk serta membebaskan tenaga kinetik.

=Neutron dan sinaran gamma yang terbebas dikenali sebagai produk pembelahan.

=Neutron yg terbebas ini kemudian diserap oleh atom lain yang dan melakukan pembelahan nuklear untuk membebaskan lebih neutron.

=Halaju neutron sangat pantas....

=maka rantai tindakbalas nuklear dikawal menggunakan racun neutron (neutron poison) dan juga neutron perantaraan supaya halaju neutron dapat dikurangkan dengan mengubah bahagian neutron yang berupaya untuk menghasilkan lebih banyak pembelahan nuklear yang akan membebaskan neutron


2. Penghasilan haba
-teras reaktor menghasilkan haba dalam beberapa cara:
=Tenaga kinetik produk pembelahan ditukarkan kepada tenaga haba apabila nukleus atom berlanggar dengan atom yang berdekatan

=sinar gamma terhasilkan semasa pembelahan adalah diserap oleh reaktor dalam bentuk tenaga haba.

=Haba yang dihasilkan oleh pereputan radioaktif akibat produk pembelahan dan bahan-bahan yang telah diaktifkan oleh penyerapan neutron. Punca haba reputan ini akan kekal untuk jangkamasa tertentu walaupun selepas reaktor ditutup.

-Nisbah bagi kuasa haba tndkbls nuklear berbanding pembakaran arang batu
=Kuasa haba yang dijana oleh tindak balas nuklear adalah 1,000,000 kali ganda bagi jisim yang sama dengan pembakaran arang batu

maka nisbah tndkblas nuklear berbanding pembakaran arang batu ialah 1,000,000:1


3. Penyejukan / pendinginan
-Sumber penyejukan /pendinginan serta proses yang terjadi
=biasanya air @ satu logam cecair - diedarkan ke teras reaktor untuk menyerap haba yang menghasilkan.

=haba dibawa dari reaktor dan digunakan untuk menjana stim.

=sistem-sistem reaktor mempunyai satu sistem pendinginan (cooling sistem) yang terasing dari segi fizikal daripada air yang akan didihkan untuk mengeluarkan tekanan stim kepada turbin.

4. Pengawal kereaktifan
=kuasa output (keluran) reaktor adalah terkawal dengan mengawal berapakah neutron adalah dapat untuk mewujudkan lebih banyak pembelahan.

=rod-rod kawalan yang diperbuat dari racun nukleus (boron) yang biasannya menyerap neutron.

=neutron yang diserap dalam rod kawalan yang menyebabkan neutron berkurang, maka pembelahan nukleus juga berkurang

=jika rod kawalan ditolak masuk ke dalam reaktor, maka kuasa outputnya akan berkurang. Jika rod kawalan ditarik keluar, maka kuasa outputnya akan bertambah

=Dalam bahagian reaktor, pendingin (coolant) juga bertindak sebagai pengawal neutron. ianya meningkatkan kuasa reaktor dengan membebaskan neutron yg mempunyai kelajuan pantas untuk menghasilkan pembelahan nukleus

=Jika pendingin bertindak sebagai pengawal, maka perubahan suhu boleh menjejaskan ketumpatan bagi pendingin seterusnya menyebabakan kuasa output juga berubah.

=Jika suhu pendingin lebih tinggi maka ketumpatan akan berkurang, maka pengawalan kurang berkesan


5. Penjanaan kuasa elektrik
=Tenaga yg dilepaskan dalam proses pembelahan menghasilkan haba, sebahagian haba boleh ditukar kepada tenaga dapat digunakan.

=contohnya mendidihkan air . Satu cara biasa mengunakan tenaga haba ini adalah untuk mendidihkan air supaya mengeluarkan stim

=Stim di dalam reaktor nuklear akan menghasilkan tekanan untuk memacu turbin yang mana turbin akan bertindak untuk menghasilkan tenaga elektrik


3 MaklumBalas:

Krasz bAtu said...

info yg berguna
thanks

Abd Halim Bin Mohd Said said...

terima kasih krasz batu, berikan idea untuk post saya seterusnya

adol said...

aku tgk blog ko nie dah macam discvery chanel yg kat astro tu.. huhuhu bgs2 byk info...