The 66 EQUILIBRIUM

Santai-Lepak-Rileks

2:34 AM

Apa yang ada selain 8 planet di dalam sistem suria?

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Umum mengetahui bahawa lapan planet dalam sistem suria ialah:
• Utarid
• Zuhrah
• Bumi
• Marikh
• Musytari
• Zuhal
• Uranus
• Neptun

Tetapi ada lagi objek yang menjadi ahli keluarga system suria diluar orbit planet neptun(trans-neptune)

1. Ceres (415,000,000 km, dlm lingkaran asteroid;dahulunya dikenali sebagai planet ke 5)

2. Pluto (5,906,000,000 km, dahulunya dikenali sebagai planet ke 9 )

3. Haumea (6,450,000,000 km)

4. Makemake (6,850,000,000 km)

5. Eris (10,100,000,000 km)

Ceres.
Ceres (2.77 AU)

(*AU-Astronomy units) telah diklasifikasikan sebagai planet kecil dan ianya ialah jasad paling besar dalm lingkaran asteroid. Dahulunya diklasifikasikan sbg planet ke 5 sistem suria kemudian diklasifikasikan sebagai asteroid dan bukan planet pada tahun 1850 dan pada tahun 2006 diklasifikasi semula sebagai planet kerdil

Lingkaran kuiper

Lingkaran kuiper sama seperti lingkaran asteroid yang terdiri drpd ais. Quaoar, Varuna, and Orcus ialah jasad terbesar dalan lingkaran kuiper dan mungkin diklasifikasi sebagai planet kerdil.kebanyakan satelit ada dalam lingkaran kuiper ni orbitnya terletak diluar satah pusat sistem suria,

Pluto (39 AU)

, sbg planet kerdil yang terletak dalam lingkaran kuiper ,dahulunya dikenali sbg planet kesembilan dan status planet ke 9 telah ditarik balik kerana Pluto mempunyai percanggahan ciri-2 sebagai planet rasmi pada tahun 2006.Percanggahan yang dimaksudkan ialah kerana pluto mempunyai bentuk orbit yang ganjil tidak seperti orbit planet lain dan orbitnya pula bersilang dengan planet neptune

Haumea dan makemake

.planet kerdil dalam lingkaran kuiper.Haumea ialah planet kerdil berbentuk telur dan mempunyai dua bulan manakala makemake ialah objek paling cerah selepas Pluto didalam lingkaran kuiper

Eris

sebuah planet kerdil yang. terletak dalam cakera terserak@ scattered disk (berada luar dari kawasan lingkaran kuiper)

*AU-Astronomy units

sebenarnya banyak lagi objek lain yang wujud dalam sistem suria, x larat dah aq nak cari.

3 MaklumBalas:

cLoVer4miza said...

menarik.. dulu minat tul bab ni..

moonie said...

waa good info..ilmu falak la plak..hoo amik subjek falak shari'e ker

paksu89 said...

to cLoVeR4miza= hehe, sy memang berminat benda2 falak ni, klu boleh nak beli teleskop sebiji=), InsyaAllah

to moonie= xdak amek, hobi la tgok2 info pasal planet ni =)