The 66 EQUILIBRIUM

Santai-Lepak-Rileks

12:29 PM

Nokia 6233

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said



ni model Nokia 6233,harap je 3G tp kamera depan xde.lemah betol aku.....
adeke 3g gune kamera belakang?
pelikkan,,,

tp yang bestnyer hp ni aku teringat kt x-Rumet aku kat kmpp yang bernama zaim kerana dia adlah orang pertama yang memakai hp ni.



inilah x rumet ku yang bernama zaim.

Jadi pada saat itu,aku telah jatuh hati kpd model hp ni
bentuknya yang agak tebal memudahkan aku untuk memegang badan hp ni.
kamera 2 mega pixels yg x berapa lawa sgt gmbrnya menyebabkan aku mengambil gmbr sendiri secara bersendirian di dalam bilik yang kurang pencahayaan


owh agak memalukan skali apbila gmbr ini diletakkan di sini kerana kamera nokia 6233 ni agak mengecewakan aku.

Bunyik stereo double speaker hp ni agak best sekali kerana sound hp aku lagi kuat dari sound laptop aku.MasyaAllah,apa nak jd dengan aku memasang lagu kuat2 sampai mgngu jiran sebelah bilik aku










p/s:jgn mengangu rakan anda dengan muzik yang agak kuat dari telefon anda,sedang2 sudah ya dengar tu,klu anda hendak dengar kuat2,dengarlah melalui earphone anda yang built-in mega bass ke,lg syok.=)
biar gegendang teliga anda yang sakit,jgn wat rakan anda sakit hati kerana muzik anda yang kuat kedengaran.

10:45 AM

Honda Civic

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

ni baru impian,realiti aku x mampu beli pown kete ni,











x tau la knapa aku minat yang model Type -R ni,
yang pastinya bentuk Aerodinamik kereta ni yang wat aku tertarik selain gear 6 Speed serta aksesori spoiler tinggi gedabak beserta brek Brembo berkaler merah menyala dengan Lambang "HONDA" yang merah menyala serta sp0rt rim aloi berwarna putih(warna kegemaran) sekaligus match dengan kaler body ketenye yang berkaler putih juga,
Sungguh macho kereta ni!!

Fuhh,TYpe-R
interior x tengok lagi
dalam lagi la macho



interior ciVic type -R



seat type -R yang ada kaler merah menyerlahkan lagi kegarangan kete ni selain namanya.




Enjin i-VTEC DOHC Type R

keretanya ni memang laju daripada civic 1.8 dan 2.0 yang ada di atas jalan raya,tp harga untuk civic type-R ni pun agak mahal jugak jika di banding dengan civic biasa.kalau civic biasa harganya lebih kurg rm 113 ribu,civic type-R ni harganya rm 199800,hish boleh wat gile harga civic type-R ni.
baik buat rumah pada beli kete ni aku rasa,heheehe

kepada saudara-saudari yang mempunyai keinginan untuk membeli ciVic type-R ni,bolehlah melawat laman web ini www.honda.net.my.

jika saudara-saudari ingin civic yang lagi LAJU serta Aksesori yang agak GARANG,silalah visit laman web www.mugen-power.com


gambar disebelah ialah Honda civic Mugen TYPE-R.Model ni model aftermarket honda dan dicipta untuk orang yg x suke bwk slow.

12:54 AM

Planet Nibiru

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said



anda perhatikan gmbar di atas,terdapat satu lagi cahaya yg menyerupai matahari yang sebenarnya menunujukkan planet nibiru semakin menghampiri kita(wallahua'lam)







Planet nibiru - adakah ini salah satu tanda kiamat paling besar???

Segala puji bagi Allah,Tuhan Sekalian Alam...
Hanya Dia yang mengetahui tentang sesuatu..





perhatikan orbit planet nibiru pada gmbr diatas

mengikut dakwaan para saintis astrologi,planet ini sedang bergerak ke dalam sistem suria kita dan besar kemungkinan akan planet ini akan menghentam bumi.
aku tgok laman blog yg lain ad yg mgatakan bahawa planet ini akan menghentam bumi pada 2012 dan ada juga yg kate pada 2052.Wallahua'lam

klu ikutkan keadaan iklim skrg sperti pemanasan global memang ada betulnya kerana nibiru menyebabkan ketidakstabilan iklim bumi.kate Uztaz Harun Din,Planet marikh dah berubah arah,kmungkinana besar daya elektromagnet nibiru yg kuat menyebabakan planet marikh ni berubah arah.Subhanallah.Fenomena matahari terbit disebelah barat yg Nabi Muhammad katakan dalam sebuah hadis merupakan salah 1 tanda kiamat.mengikut saintis NASA,bumi kita akan berubah kutub (tersongsang la tu) apabila nibiru semakin menghampiri orbit bumi.yang kutub selatan jadi utara dan kutub utara jadi selatan.

NASA sengaja menyembunyikan isu ini kerana boleh menyebabkan panik diseluruh dunia akibat ancaman makhluk Allah yang habitatnya tinggal di alam semesta.




ini hanya sekadar renungan
hari kiamat sememangnya rahsia Allah
kita tidak tahu bila ia berlaku
tanda-tanda kecik dah berlaku
seperti sabda Nabi Muhammad

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda; ‘’Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kpd mereka, iaitu:
1) Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja(SUDAH ADA).

2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan(SUDAH ADA).

3) Zakat dijadikan hutang(SUDAH ADA).

4) Suami menurut kehendak isteri(dalam perkara bertentangan syariat)(SUDAH
ADA).

5) Anak derhaka terhadap ibunya(SUDAH ADA).

6) Akan tetapi(anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya(SUDAH ADA).

7) Dia(anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya(SUDAH ADA).

8) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid(SUDAH ADA).

9) Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yg paling hina di antara
mereka(SUDAH MULA DIPILIH).

10) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya(SUDAH ADA).

11) Arak sudah diminum secara berleluasa(SUDAH ADA).

12) Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki(SUDAH ADA).

13) Para artis disanjung-sanjung(SUDAH ADA).

14) Muzik banyak dimainkan/didendangkan(SUDAH ADA).

15) Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama iaitu para sahabat
terdahulu(SUDAH MULA KEDENGARAN).


gambaran tentang hari kiamat


apa apa pun
semua ini ramalan manusia
apa yang berlaku kita serahkan kepada Allah.Jumpa lg dlm post yang berikutnya

Wasalam

5:46 PM

Mineral

ditulis daripada Abd Halim Bin Mohd Said

Mineral ialah sebatian pepejal tidak organik yang mempunyai struktur kristal dan kandungan kimia yang tertentu. sifat2 mineral adalah seperti berikut;
a)terjadi secara semulajadi
-terjadi melalui proses geologi dan bukan terjadi dari sumber sistetik yang dibuat di makmal.

b)Bahan pepejal
-mineral mestilah pepejal dan bukannya dalam bentuk air dan gas.

c)Terjadi dalam bentuk kristal
-Maksudya atom dalam mineral disusun dgn teratur dan padat

d)Mengandungi kandungan kimia tertentu
-Kebanyakan mineral terbentuk daripada 2 atau lebih unsur.Mineral seoerti Quartz memepunyai 2 atom oksigen untuk 1 atom silikon atau SiO2.

e)Bukan organik
-Pepejal bukan organik seperti garam halida(Halide) dijumpai di dalam tanah secara semulajadi bolehla dikatakan sebagai mineral, tetapi gula yang datang dari tebu walaupun ianya mempunyai struktur kristal,kita tidak boleh mengatakan ia sebagai bahan organik.




feldspar



quartz

sume benda ni adalah benda yang aku belajar dlm ijazah pertanian,agak payah gak geologi ni.Tp sememangnya yang mengajar aku ialah Tuan Hj Peli Bin Mat pensyarah sains tanah,terima kasih kerana memberiakn kuliah sains tanah yang turut diselitkan kaitannya dengan agama Islam disebalik penciptaan batu,tanah,dan mineral ni.